Thursday, October 29, 2009

orkestra

SENI DALAM PENDIDIKAN

Seni Dalam Pendidikan merupakan salah satu mata pelajaran yang menggabungkan tiga matapelajaran iaitu Pendidikan Muzik, Pendidikan Seni Dan Pendidikan Jasmani. Sila muat turun ppt dari En. Wan Ahmad Zaini dari IPGM Kampus Perlis.

nota seni dalam pendidikan

NOTA SIBELIUS

Sibelius merupakan antara salah satu perisian penulisan notasi muzik yang popular di negara ini.....terdapat dalam pelbagai versi..Sibelius 3, Sibelius 4 dan Sibelius 5.......mungkin sudah keluar Sibelius 6........sangat mudah untuk digunakan (friendly user) . Untuk mencuba, sila muat turun nota di bawah yang telah diusahakan oleh En. Mastor Bin Jaskaseh dari SM Sains Teluk Intan, Perak.

nota Sibelius........

KONSEP MUZIK

Dalam konteks Pendidikan Muzik KBSR, Bahasa Muzik adalah perkara-perkara yang berkaitan dengan pengetahuan dan kefahaman tentang elemen muzik, konsep-konsep berhubung dengan elemen muzik, kosa kata dan istilah muzik, dan konvensi penulisan muzik. Pengetahuan dan kefahaman tentang perkara tersebut seterusnya membaw a kepada kemahiran membaca, menulis, menganalisis dan menilai karya muzik. Terdapat 7 konsep muzik yang wajib dikuasai oleh seseorang pelajar menjelang tamatnya pesekolahan mereka di sekolah rendah.

konsep muzik

HALA TUJU PENDIDIKAN MUZIK

Pendidikan Muzik dewasa ini amat mencabar kerana masyarakat masih belum dapat membezakan antara Pendidikan Muzik dan "muzik semasa". Apa Pendapat anda?