Tuesday, October 26, 2010

KECEKAPAN DIRI

Kecekapan Diri (Self-Efficacy)

Kepercayaan seseorang tentang kebolehan untuk menyempurnakan sesuatu tugas/tanggungjawab dengan berjaya (Kreither & Kinicki, 2002). Ini tidak berkaitan dengan kemahiran yang dimiliki oleh seseorang tetapi dengan pengalilan tentang apa yang seseorang itu boleh buat dengan sebarang kemahiran yang dimiliki (Bandura,1986).

Perceived self-efficacy is defined as people's beliefs about their capabilities to produce designated levels of performance that exercise influence over events that affect their lives. Self-efficacy beliefs determine how people feel, think, motivate themselves and behave. Such beliefs produce these diverse effects through four major processes. They include cognitive, motivational, affective and selection processes.(Bandura)

rujukan lanjut
penulisan Bandura

Wednesday, October 13, 2010

TEORI PEMBELAJARAN SOSIAL

Pada akhir tahun 1960, penyelidikan tentang teori perlakuan mula berkembang lebih luas menjangkau alam sosial. Pendekatan perlakuan tidak lagi terikat dengan alam eksperimen dengan pelaziman klasik dan pelaziman operan sahaja. Perkembangan dalam bidang psikologi sosial, personaliti telah memulakan terapis dalam bidang ini merintis dan meneroka aspek pembelajaran yang dilalui individu dalam kehidupannya seharian dalam alam masyarakat yang sebenar. Bandura mengemukakan satu bentuk pendekatan perlakuan yang menumpu pada pembelajaran sosial.

bacaan lanjut

bacaan lanjt 1

bacaan lanjut 2

Sunday, October 10, 2010

ANALISA DATA KUALITATIF

Berikut adalah contoh analisa data pemerhatian dengan menngunakan perisian NVIVO..

Apakah kaedah pengajaran yang menjadi amalan di prasekolah ini?

i) Kaedah Pengajaran Secara Individu

Daripada analisis Nvivo pemerhatian ke atas sesi pengajaran dan temu bual dengan Miss ...... didapati bahawa kaedah pengajaran yang utama diamalkan di tadika ini ialah kaedah pengajaran individu iaitu kaedah yang menjadi tonggak kejayaan pencapaian murid-murid Tadika ....... Ini jelas terbukti dengan petnyataan berikut;

“Pelajar diajar melalui aktiviti bimbingan secara seorang demi seorang tetapi pelajar berada dalam kumpulan”
(Nvivo /P/P1/1/SO/P54-55/149)
Daripada analisis Nvivo temu bual menyatakan kaedah individu dilaksanakan di tadika ini seperti berikut;
“persatu atau seorang demi seorang”
(Nvivo/ TB/P1/1/SO/P40/73)

ii) Kaedah Pengajaran Secara Kumpulan

Daripada analisis Nvivo pemerhatian ke atas sesi pengajaran dan temu bual dengan Miss ...... didapati bahawa kaedah pengajaran yang kedua diamalkan di tadika ini ialah kaedah pengajaran kumpulan iaitu kaedah yang kedua menjadi tonggak kejayaan pencapaian murid-murid Tadika...... Ini jelas terbukti dengan pernyataan berikut;

Murid diminta menulis dan membaca, guru membimbing setiap murid-murid di dalam kumpulan secara bergilir-gilir
(Nvivo /P/P1/1/SO/P62-63/154)
Dalam analisis Nvivo temu bual diyatakan seperti berikut;
“membaca di dalam kumpulan atau ‘group reading’”,
(Nvivo/ TB/P1/1/SO/P56/70)

iii) Kaedah Pengajaran Secara Kelas

Melalui analisis Nvivo didapati keadah pengajaran secara kelas juga diamalkan di Tadika ........ ia jelas seperti kenyataan berikut;
“untuk menyanyi beramai-ramai lagu Bagun Pagi-Pagi Gosok Gigi,“One little two, little three……” “twinkle-twinkle little star” dan lagu Negaraku sebelum pulang”
(Nvivo /P/P1/1/SO/P126-129/236)

Dalam Nvivo temu bual dengan Miss ....... kaedah pengajaran secara kelas juga dilaksanakan pada masa-masa tertentu seperti nyanyian beramai-ramai semasa hendak pulang, contohnya seperti kenyataan berikut;
“di mana murid membaca apa yang ditulis di papan”
(Nvivo/ TB/P1/1/SO/P57/68)

(Zulkifli Daud, 2009)

KAJIAN RINTIS

Sebelum kajian sebenar dilaksanakan, satu kajian rintis akan dijalankan oleh
penyelidik. Tujuan utama pelaksanaan kajian rintis adalah untuk menguji pekali
kebolehpercayaan setiap item dalam soal selidik. Menurut Mohd. Najib (1997),
instrumen yang dibina sendiri oleh penyelidik dan dengan itu kajian juga adalah
berbentuk kajian rintis untuk menguji keobjektifan, kesahan dan kebolehpercayaan
alat. Melalui kajian rintis, kebolehpercayaan soal selidik dapat ditentukan dimana
kebolehpercayaan memberikan darjah ketekalan dan ketepatan instrumen pengukuran.
Instrumen yang mempunyai kebolehpercayaan yang tinggi akan memberi keputusan
yang tekal atau hampir sama setiap kali ia digunakan dalam situasi yang setara.

(Azizi Hj. Yahaya, Ahmad Zairi Hj. Alias,Isyanuddin Hussin, 2003)

Ketekalan kebolehpercayaabn boleh diuji dengan mengunakan pekali Alpha Cronbach. Nilai alpha soalan yang diuji melebihi 0.60, maka ia boleh digunakan untuk tujuan pengumpulan data. ( Kerlinger, 1973; Mohd. Majid Konting, 1990 ). namun begitu ada juga penyelidik yang mengatakan hanya nilai alpha yang melebihi 0.72 yang layak digunakan......(bergantung kepada bacaan anda)

bacaan lanjut............

TATACARA ANALISA DATA KUANTITATIF

Data yang telah dikumpul perlu dianalisa mengikut kaedah-kaedah tertentu sama ada dengan menggunakan pendekatan kualitatif atau pendekatan kuantitatif. Kaedah penganalisaan data kuantutatif pada kebiasaannya akan menngunakan perisian Statistical Packages for Social Sciences (SPSS) . Dapatan SPSS akan dipersembahkan dalam bentuk jadual untuk memudahkan penganalisisan. Mean dan peratusan akan digunakan sebagai petunjuk kepada setiap data yang telah diperoleh. Bacaan mean dan sisihan piawai digunakan untuk melihat punca berlakunya sesuatu fenomena atau keadaan yang sedang dikaji..... Dapatan SPSS akan dibentangkan dalam bentuk jadual dan huraian.
Tafsiran analisis mean menggunakan 5 mata skala likert, dibuat mengikut konteks pengukuran yang berasaskan lima klasifikasi...

bacaan lanjut......nota dari OUM

SOALAN SOAL SELIDIK

Soal selidik adalah salah satu instrumen prngumpulan data yang popular terutamanya dalam kajian tinjauan. Ia berfungsi untuk mendapatkan maklumat secara kertas pensil yang perlu dijawab oleh responden yang terpilih. Pada kebiasaannya akan mengandungi profil responden, tema soalan kajian serta soalannya. Boleh terdiri dari hanya 3 soalan bagi setiap tema atau lebih.....



contoh soalan soal selidik........

Saturday, October 9, 2010

PROSES ANALISA DATA

Setelah kita mengumpul data melalui instrumen pengumpulan data seperti soal selidik, pemerhatian, temubual, analisa dokumen dan sebagainya......analisa data perlu dibuat untuk menentukan maklumat yang diingini tercapai. Reduksi data, pengesahan data dan sebagainya perlu dilakukan.....

sila klik bacaan untuk lanjut..........

Tuesday, August 10, 2010

Penyelidikan Pendidikan

Penyelidikan dalam pendidikan merupakan amalan biasa bagi kebanyakan pendidik dimana-mana sahaja. Terbahagi kepada 2 iaitu penyelidikan pendidikan (educational research) atau kajian tindakan (action research). Terdapat beberapa kaedah yang popular untuk membuat penyelidikan. Salah satunya adalah seperti....................


sila klik untuk bacaan lanjut

Tuesday, August 3, 2010

PENILAIAN PROGRAM

Penilaian program merupakan perkara yang penting dalam menentukan halatuju program yang dirancangkan. Adakah ia berjaya atau sebaliknya. Apakah pandangan peserta dan apakah kekuatan serta kelemahan yang perlu di atasi.........

sila klik bacaan untuk lanjut..........

Wednesday, March 24, 2010

Antara Pendidik Muzik Dan Pemuzik

Selalu di tanya adalah anda seorang Pendidik Muzik atau Pemuzik? Pendidik muzik merujuk kepada individu yang mempunyai kelayakan yang diiktiraf oleh SPP dan JPA serta telah dilantik oleh SPA untuk mengajar di sekolah-sekolaah kerajaan atau sekolah bantuan modal.Pemuzik pula adalah individu yang berkemampuan serta berkebolehan dalam pelbagai bidang muzik. Pendidik Muzik boleh menjadi pemuzik namun begitu pemuzik belum tentu dapat menjadi Pendidik Muzik kerana mereka masih belum diiktiraf kemahirannya dalam bidang pendidikan........isunya ialah adakah Pendidik Muzik dewasa ini berkemampuan untuk menjadi seorang pemuzik untuk meningkatkan lagi kualiti pengajaran kerana pelajar sekarang lebih tertarik dengan muzik popular berbanding Pendidikan Muzik. Atau apakah kita hanya mampu berada ditakuk lama hanya mengajar dengan menggunakan kaset dan cd sahaja dengan membiarkan pelajar kita mencari sendiri identiti muzik mereka tanpa panduan dan bimbingan?
Di bawah ini contoh graduan lulusan UPSI..............mereka adalah Pendidik Muzik dan juga pemuzik......

Model Penilaian Guskey

Model Penilaian Guskey dibina berasaskan Model Penilaian Kirkpatrick yang memfokuskan kepada empat perkara iaitu:

1.reaksi guru
2.pembelajaran guru
3.sokongan dan perubahan organisasi
4.penggunaan pengetahuan dan kemahiran baru
5.hasil pembelajaran pelajar

berikut adalah perinciannya

Nota Penyelidikan

Pembangunan profesional perguruan sangat mencabar.............pelbagai format penilaian program pembangunan telah direkabentuk sejak awal abad ke 20.
Stufflebeam (1999) telah menggariskan sebanyak 22 pendekatan penilaian program profesional yang telah dibangunkan dan beliau mengatakan bahawa hanya 9 program penilaian pembangunan sahaja yang benar-benar berkesan......
Penyelidikan adalah sebahagian dari pembangunan profesional yang perlu ada dalam bidang pendidikan pada hari ini.....Adakah anda bersedia untuk menjalankan penyelidikan?
Jika jawapan anda Ya.....sila ambil bahan di bawah ini......

bahan penyelidikan

Cabaran Pendidikan Semasa

Pembangunan pendidikan bukanlah merangkumi pembangunan insfranstruktur semata-mata. Ia juga merangkumi pembangunan dan pengembangan serta penyesuaian kurikulum sejajar dengan kepentingan, hasrat dan keperluan negara dalam menjadikan Malaysia sebuah negara maju menjelang 2020. Pembangunan modal insan telah dititikberatkan sejak kebelakangan ini. KPI telah dijadikan kayu ukur untuk menentukan hasil dan kualiti perkhidmatan atau output yang telah dikeluarkan.............namun begitu adakah golongan pendidik cukup bersedia untuk menjalankan amanah dan tanggungjawab yang telah dipikul? Adakah anda telah cukup bersedia untuk memenuhi hasrat wawasan pendidikan.....bersamalah kita renung-renungkan.............

bacaan lanjut