Wednesday, March 24, 2010

Antara Pendidik Muzik Dan Pemuzik

Selalu di tanya adalah anda seorang Pendidik Muzik atau Pemuzik? Pendidik muzik merujuk kepada individu yang mempunyai kelayakan yang diiktiraf oleh SPP dan JPA serta telah dilantik oleh SPA untuk mengajar di sekolah-sekolaah kerajaan atau sekolah bantuan modal.Pemuzik pula adalah individu yang berkemampuan serta berkebolehan dalam pelbagai bidang muzik. Pendidik Muzik boleh menjadi pemuzik namun begitu pemuzik belum tentu dapat menjadi Pendidik Muzik kerana mereka masih belum diiktiraf kemahirannya dalam bidang pendidikan........isunya ialah adakah Pendidik Muzik dewasa ini berkemampuan untuk menjadi seorang pemuzik untuk meningkatkan lagi kualiti pengajaran kerana pelajar sekarang lebih tertarik dengan muzik popular berbanding Pendidikan Muzik. Atau apakah kita hanya mampu berada ditakuk lama hanya mengajar dengan menggunakan kaset dan cd sahaja dengan membiarkan pelajar kita mencari sendiri identiti muzik mereka tanpa panduan dan bimbingan?
Di bawah ini contoh graduan lulusan UPSI..............mereka adalah Pendidik Muzik dan juga pemuzik......

Model Penilaian Guskey

Model Penilaian Guskey dibina berasaskan Model Penilaian Kirkpatrick yang memfokuskan kepada empat perkara iaitu:

1.reaksi guru
2.pembelajaran guru
3.sokongan dan perubahan organisasi
4.penggunaan pengetahuan dan kemahiran baru
5.hasil pembelajaran pelajar

berikut adalah perinciannya

Nota Penyelidikan

Pembangunan profesional perguruan sangat mencabar.............pelbagai format penilaian program pembangunan telah direkabentuk sejak awal abad ke 20.
Stufflebeam (1999) telah menggariskan sebanyak 22 pendekatan penilaian program profesional yang telah dibangunkan dan beliau mengatakan bahawa hanya 9 program penilaian pembangunan sahaja yang benar-benar berkesan......
Penyelidikan adalah sebahagian dari pembangunan profesional yang perlu ada dalam bidang pendidikan pada hari ini.....Adakah anda bersedia untuk menjalankan penyelidikan?
Jika jawapan anda Ya.....sila ambil bahan di bawah ini......

bahan penyelidikan

Cabaran Pendidikan Semasa

Pembangunan pendidikan bukanlah merangkumi pembangunan insfranstruktur semata-mata. Ia juga merangkumi pembangunan dan pengembangan serta penyesuaian kurikulum sejajar dengan kepentingan, hasrat dan keperluan negara dalam menjadikan Malaysia sebuah negara maju menjelang 2020. Pembangunan modal insan telah dititikberatkan sejak kebelakangan ini. KPI telah dijadikan kayu ukur untuk menentukan hasil dan kualiti perkhidmatan atau output yang telah dikeluarkan.............namun begitu adakah golongan pendidik cukup bersedia untuk menjalankan amanah dan tanggungjawab yang telah dipikul? Adakah anda telah cukup bersedia untuk memenuhi hasrat wawasan pendidikan.....bersamalah kita renung-renungkan.............

bacaan lanjut