Thursday, November 3, 2011

MENULIS BIBLIOGRAFI DENGAN MENGGUNAKAN PERISIAN

Kadangkala, menulis rujukan menyakitkan kepala.......sebaiknya, semua rujukan dipisahkan mengikut kelompok. Jangan bercampur antara buku, jurnal, kertas seminar dan lain lain rujukan dalam satu tajuk.......mungkin perisian ENDNOTE boleh membantu memudahkan kerja......sila klik pautan untuk manual penggunaan ENDNOTE di bawah ini ....

MANUAL ENDNOTE

KAEDAH MENULIS RUJUKAN

Terdapat berberapa format untuk menulis laporan penyelidikan......Antara yang popular di Malaysia ialah gaya penulisan APA ( American Psychological Association). Walau bagaimanapun tidak semua pengkaji baru mengikuti format APA dengan sebaiknya......di kongsikan disini gaya penulisan rujukan APA................semoga dapat membantu tuan/puan........nota APA 2006

MENCARI TESIS?

Lama tiada entri..................minta maaf kerana kadangkala tersangat "sibuk"..............Kepada yang ingin membuat carian atau rujukan tetapi tidak pasti bagaimana mahu bermula...............sila klik pada pautan dibawah ini........tuliskan apa sahaja yang ingin di cari melalui ruangan "SEARCH"..............mudah mudahan akan membantu anda yang sedang mencari bahan untuk dibuat rujukan......


cari digital tesis

Friday, September 30, 2011

MOTIVASI GURU

Kadangkala.....apabila telah lama berkecimpung dalam bidang pendidikan, tentunya ada pelbagai pengalaman sama ada yang menyeronokkan, memberangsangkan ataupun yang kadangkala berterusan mendukacitakan kita.......namun begitu inilah asam garam dunia pendidikan.......mungkin perkara-perkara tersebut akan membangkitkan semangat untuk kita lebih mengenali kekuatan diri serta kemana hala tuju kita sebagai seorang pendidik......

Dikongsikan disini salah satu dari pelbagai asam garam dunia pendidikan...... hayatilah bersama.........sekadar buat renungan...... jangan berputus asa

Wednesday, September 7, 2011

PENGURUSAN PERSEMBAHAN/MAJLIS

Apabila mengadakan persembahan atau majlis, salah satu perkara yang dipentingkan ialah sekuen dalam dewan......ia merujuk kepada perjalanan majlis atau persembahan bermula dari saat pertama hinggalah ke saat terakhir.....kadangkala juga dipanggil "storyboard" (maaf kalau terkeliru dengan storyboard dalam penyediaan kartun, grafik dll)

Sekuen atau "storyboard" ini kebiasaannya mengandungi item-item yang ingin dilaksanakan, jangkaan masa, siapa pelakunya, siapa yang bertangungjawab, prop dan sebagainya.......sangat penting kepada pengurus produksi, pengurus pentas, pengurus peserta, pengurus teknikal,krew dan lain-lain...

Disertakan contoh sekuen dari En. Amin Nudin Abdul Rahman, bekas penyelia muzik JPN Perak.

contoh sekuen dalam dewan

TEKNOLOGI MUZIK

Seringkali ramai diantara kita mengeluh apabila diminta membuat rakaman lagu, "munis 1", "sound editing", "mixing", "post production" dan sebagainya.......Seringkali kita tertanya-tanya apakah perisian yang sesuai dan terbaik yang patut digunakan.........bagi saya, tiada istilah yang terbaik.........semuanya bergantung kepada kemampuan kita untuk mengunakannya......adakah ia "user friendly" atau terlalu teknikal.......pelbagai perisian tersedia dipasaran.....ada yang berbayar dan ada yang percuma.......dan ada yang boleh "dirompak" melalui laman-laman tertentu beserta dengan "keygen" atau "patchnya.....

Berberapa perisian yang biasanya saya gunakan untuk membuat perkara-perkara di atas ialah encore, finale, sibelius,audiograbber, audacity, kristal audio engine, sony sound forge, sony acid, sonar format factory, ulead video studio, proshow gold 4 dan berberapa perisian lain lagi........

Pengguna hanya perlu tahu setiap fungsi perisian yang digunakan.....dan bagaimana mengoperasikannya......apakah kelebihannya dan apakah kekurangannya.......boleh melayari lama yang memaparkan "product review" seperti http://freemusicsoftware.org/category/free-windows-audio-software/audio-sequencer-windows...

Dilampirkan berberapa nota yang berguna kepada yang berminat...........sumbangan En. Isa Amri dari IPTI, En. Mastor Jarkaseh dari SEMESTI, En. Suhaimi dan berberapa carian di laman web....


nota teknologi muzik

Monday, July 11, 2011

KURSUS PENGENALAN ASAS PENDIDIKAN MUZIK SEKOLAH RENDAH

Salam kepada semua....terima kasih kerana masih sudi melawat blog ini... sebagai balasan, saya ingin membuat tawaran kursus kepada mana-mana sekolah yang berminat. Buat sementara waktu......hanya khamis dan jumaat pagi menjadi pilihan. waktu lain boleh berbincang......bayaran?????? PERCUMA.. maksima peserta 30 orang....guru pun boleh join.......

berminat.....hubungi saya......

kertas kerja
surat tawaran kursus

Friday, June 24, 2011

BAHAN BARU...

Salam kepada semua yang masih sudi mengunjungi blog ini......minta maaf kerana dah lama tak menghantar posting baru.......insyaallah bila ada kelapangan saya akan masukkan posting yang baru.......saya terlalu sibuk kebelakangan ini......jika ada cadangan apakah bahan yang tuan/puan inginkan bolehlah emailkan kepada saya di wfc3966@gmail.com........mudaha-mudahan dapatlah saya carikan bahan yang diminta........terimakasih sekali lagi kerana sudi mengunjungi blog saya ini.......

Friday, February 25, 2011

Lesson Study

Perkara barukah?.......bermula tahun 60an (Fernandez & Yoshida, 2004). Namun begitu dikatakan telah wujud lebih dari 100 tahun (Isoda, 2007). Nampaknya dengan hanya meneliti perkara yang selalu dibuat menjadikan kita seorang yang dinamik......kenbaikan lesson study....
i. meningkatkan pengetahuan :pedagogical, content & knowledge (Shullman) TPCK oleh Punya Mishra & Mathew J Kohler bagaimama pula?????
ii. menjadikan guru sebagai seorang yang reflektif dan sentiasa bersikap kritis dan kreatif dalam membuat penambahbaikan pengajaran,
iii. memahami kesukaran pelajar memahami pelajaran........

........bacaan lanjut.....klik pada blog list di sebelah.....

Tuesday, February 22, 2011

LAMAN WEB MUZIK UNTUK RUJUKAN

Rujukan bahan amat penting untuk seorang guru. Dilampirkan disini senarai rujukan yang amat berguna untuk seorang guru muzik.......

selamat merujuk....... rujukan guru muzik.....sila klik kanan

Monday, February 21, 2011

PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

Pengajaran merupakan konsep yang merangkumi perancangan bersistematik yang direncanaken oleh seseorang guru bagi menyampaikan ilmu pengetahuan kepada golongan sasarnya. Perancangan ini pada kebiasaannya mengandungi pengetahuan ilmu kandungan berkaitan sesuatu bidang, proses penyampaian termasuk aktiviti-aktiviti yang dijanakan melalui teknik dan kaedah serta stategi dan pendekatan yang terkandung dalam teori pengajaran mengikut mazhab yang terpilih dengan harapan akan memudahkan penyampaian isi kandungan pelajaran dan penahaman pembelajaran golongan sasar selain berupaya untuk membimbing menggalak dan memotivasikan golongan sasar supaya mengambil inisiatif untuk belajar; demi memperolehi ilmu pengetahuan dan menguasai kemahiran yang diperlukan untuk memperbaiki kehidupan bagi kesejahteraan diri, agama, masyarakat dan negara.

Pembelajaran pula boleh dijelaskan sebagai aktiviti reflektif yang membolehkan pelajar menggunakan pengalaman lepas untuk memahami dan menilai perkara hari ini, yang seterusnya dapat mengubah tindakan pada masa akan datang serta mampu membentuk pengetahuan baru. Ini mampu dilakukan kerana kita dianugerahkan dengan otak yang dapat menunjukarah aktiviti individu dalam bentuk dan cara yang membolehkan kita menjalani hidup dalam persekitaran yang sentiasa berubah.

bacaan lanjut info pengajaran dan pembelajaran.....sila klik kanan