Friday, February 25, 2011

Lesson Study

Perkara barukah?.......bermula tahun 60an (Fernandez & Yoshida, 2004). Namun begitu dikatakan telah wujud lebih dari 100 tahun (Isoda, 2007). Nampaknya dengan hanya meneliti perkara yang selalu dibuat menjadikan kita seorang yang dinamik......kenbaikan lesson study....
i. meningkatkan pengetahuan :pedagogical, content & knowledge (Shullman) TPCK oleh Punya Mishra & Mathew J Kohler bagaimama pula?????
ii. menjadikan guru sebagai seorang yang reflektif dan sentiasa bersikap kritis dan kreatif dalam membuat penambahbaikan pengajaran,
iii. memahami kesukaran pelajar memahami pelajaran........

........bacaan lanjut.....klik pada blog list di sebelah.....

Tuesday, February 22, 2011

LAMAN WEB MUZIK UNTUK RUJUKAN

Rujukan bahan amat penting untuk seorang guru. Dilampirkan disini senarai rujukan yang amat berguna untuk seorang guru muzik.......

selamat merujuk....... rujukan guru muzik.....sila klik kanan

Monday, February 21, 2011

PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

Pengajaran merupakan konsep yang merangkumi perancangan bersistematik yang direncanaken oleh seseorang guru bagi menyampaikan ilmu pengetahuan kepada golongan sasarnya. Perancangan ini pada kebiasaannya mengandungi pengetahuan ilmu kandungan berkaitan sesuatu bidang, proses penyampaian termasuk aktiviti-aktiviti yang dijanakan melalui teknik dan kaedah serta stategi dan pendekatan yang terkandung dalam teori pengajaran mengikut mazhab yang terpilih dengan harapan akan memudahkan penyampaian isi kandungan pelajaran dan penahaman pembelajaran golongan sasar selain berupaya untuk membimbing menggalak dan memotivasikan golongan sasar supaya mengambil inisiatif untuk belajar; demi memperolehi ilmu pengetahuan dan menguasai kemahiran yang diperlukan untuk memperbaiki kehidupan bagi kesejahteraan diri, agama, masyarakat dan negara.

Pembelajaran pula boleh dijelaskan sebagai aktiviti reflektif yang membolehkan pelajar menggunakan pengalaman lepas untuk memahami dan menilai perkara hari ini, yang seterusnya dapat mengubah tindakan pada masa akan datang serta mampu membentuk pengetahuan baru. Ini mampu dilakukan kerana kita dianugerahkan dengan otak yang dapat menunjukarah aktiviti individu dalam bentuk dan cara yang membolehkan kita menjalani hidup dalam persekitaran yang sentiasa berubah.

bacaan lanjut info pengajaran dan pembelajaran.....sila klik kanan