Tuesday, October 13, 2015

KAJIAN MENILAI KUALITI DAN STANDARD GURU PENDIDIKAN MUZIK PERMULAAN SEKOLAH RENDAH

Salam sejahtera.......saya sedang mengumpul data untuk tujuan yang berkenaan di atas bagi menyempurnakan pengajian saya. Besarlah harapan saya agar pihak tuan/puan yang melayari blog ini dapat menyempunakan soal selidik pada pautan di bawah ini. Kerjasama  yang tuan puan berikan saya dahului dengan jutaan terima kasih.


MENILAI KUALITI DAN STANDARD GURU PENDIDIKAN MUZIK PERMULAAN  SEKOLAH RENDAH 

1.   Soalan kajian ini dibuat untuk mengumpulkan maklumat dari guru-guru yang   opsyen Pendidikan Muzik yang mengajar di sekolah-sekolah bantuan Kerajaan atau sekolah bantuan modal. Saya sangat mengharapkan kerjasama tuan/puan dalam memberi maklum balas terhadap aspek-aspek tertentu mengenai kualiti Guru Pendidikan Muzik serta masalah-masalah pembelajaran Pendidikan Muzik sekiranya ada.

2.   Tuan/puan diharap dapat menjawab soalan-soalan yang telah disediakan berdasarkan jawapan yang paling sesuai. Sila beri maklum balas anda dengan melengkapkan soal selidik ini.

3.   Segala maklumat yang dikumpulkan adalah SULIT dan digunakan untuk tujuan kajian semata-mata. Kesemua jawapan hendaklah diberikan secara jujur dan ikhlas.Selain itu, tuan/puan juga adalah diingatkan bahawa kerjasama yang diberikan adalah secara sukarela. Tuan/puan boleh pada bila-bila masa berhenti dari menjawab soal selidik ini sekiranya tidak ingin meneruskannya.

4.   Tuan/puan boleh pada bila-bila masa menghubungi penyelidik dengan menggunakan nombor telefon atau email seperti yang tercatat dibawah ini sekiranya mempunyai sebarang  persoalan  berkaitan dengan soal selidik ini
                       
No. tel :019-4581740
                        Email   :wfc3966@gmail .com


Kerjasama pihak tuan/puan amat saya alu-alukan dan diucapkan berbanyak terima kasih di atas keikhlasan dan kejujuran yang diberikan.


“BERKHIDMAT  UNTUK AGAMA, BANGSA dan  NEGARA”


Yang benar,



SAHANUDIN BIN YUSOF


SOAL SELIDIK GURU


No comments:

Post a Comment