Wednesday, November 9, 2016
MUZIK TRADISI TARI RAKYAT PERAK
Hasil
penyelidikan mendapati tiga jenis tarian yang masih dipersembahkan di negeri Perak
iaitu Tarian Dabus, Tarian Bubu dan Tarian Lotah. Di antara ketiga-tiga tarian ini,
Tarian Dabus masih dianggap paling dominan dan terkenal dengan masyarakat Perak.
Fungsi ketiga-tiga persembahan tarian ini sebagai hiburan semasa perkahwinan dan
majlis-majlis rasmi. Hasil penyelidikan dijangka dapat memberi informasi tentang
muzik tarian yang masih diamalkan dan dipersembahkan di negeri Perak dan juga
diharap dapat dimanfaatkan oleh generasi seterusnya dalam melestarikan satu bentuk
kesenian yang amat tinggi nilainya.
Mohd Azam Sulong, Zaharul Lailiddin Saidon, Nor Shuradi Nor Hashim
Fakulti Muzik dan Seni Persembahan, Universiti Pendidikan Sultan Idris
Malaysian Music Journal Vol. 2, Num. 1 (72-105)
Bacaan lanjut MUZIK TRADISI TARI RAKYAT PERAK
Labels:
MUZIK TRADISI TARI RAKYAT PERAK
PENGGUNAAN MUZIK DALAM PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN KERJA AMALI KEMAHIRAN HIDUP SEKOLAH RENDAH
Rumusan sebuah kajian peringkat sarjana......
Hasil kajian telah memberi gambaran tentang pengaruh muzik dalam
meningkatkan prestasi pelajar dalam kerja amali kemahiran hidup. Data-data telah
dikumpulkan melalui 180 orang pelajar tahun empat, lima dan enam di sebuah sekolah yang telah
dipilih oleh penyelidik menunjukkan secara keseluruhannya, majoriti responden
adalah bersetuju bahawa penggunaan muzik dalam pembelajaran dan pengajaran dapat
meningkatkan minat, keseronokan, prestasi, keberkesanan hasil kerja dan daya ingayan
pelajar dalam kerja amali matapelajaran kemahiran hidup di sekolah rendah.
MUZIK KONTEMPORARI SEBAGAI ALAT PEMBENTUKAN NILAI DALAM KOMUNITI: KE MANA HALATUJU KITA?
Seni muzik adalah aset kita yang harus kita perkaya dengan khazanah penciptaan yang lahir dari
bangsa dan warna kita. Warna dan citra luar boleh diserap masuk untuk memperkaya dan
mempelbagaikan rupa diri seni muzik kita. Tetapi, jika seni muzik itu kita umpamakan sebagai
sebuah rumah, jika kita mahu membuat pengubahsuaian, kita tentu tidak mahu rupa asal rumah
kita tidak kelihatan lagi kerana diambil alih oleh rekabantuk baru yang dibina di atas tapak rumah
kita.
Ibrahim Bin Ahmad (Prof. Madya) Jabatan Bahasa Moden Fakulti Komunikasi Dan Bahasa Moden Universiti Utara Malasia
Bacaan lanjut MUZIK KONTEMPORARI SEBAGAI ALAT PEMBENTUKAN NILAI
MUZIK DAN PEMBANGUNAN SOSIAL: PAPARAN DASAR INDUSTRI HIBURAN DALAM AKHBAR AKHBAR DI MALAYSIA
Media memegang
peranan dan tanggungjawab yang besar kepada negara dan masyarakat. Media
bukan lagi hanya dipandang sebagai alat hiburan semata-mata tetapi menjadi
alat pembangunan yang membawa agenda dan pesanan. Namun begitu, hasil kajian menunjukkan, pemaparan maklumat mengenai industri muzik di dalam akhbar perdana kurang menyiarkan isu yang berkaitan dengan dasar ataupun maklumat penting dalam membantu pembangunan industri selain menyiarkan isu yang lebih bersifat santai dan hiburan seperti aktiviti dan gosip di dalam industri tersebut. Ini dapat dilihat dengan nilai paparan berita mengikut jenis isu utama seperti yang ditunjukkan oleh hasil kajian.
Norshafawati
Saari, Asiah Sarji & Fuziah Kartini Hassan Basri. Malaysian Journal of
Communication
Jilid 26(2): 47-65
Labels:
MUZIK DAN PEMBANGUNAN SOSIAL
MUZIK DAN PEMBANGUNAN SOSIAL: PAPARAN DASAR INDUSTRI HIBURAN DALAM AKHBAR AKHBAR DI MALAYSIA
Media memegang
peranan dan tanggungjawab yang besar kepada negara dan masyarakat. Media
bukan lagi hanya dipandang sebagai alat hiburan semata-mata tetapi menjadi
alat pembangunan yang membawa agenda dan pesanan. Namun begitu, hasil kajian menunjukkan, pemaparan maklumat mengenai industri muzik di dalam akhbar perdana kurang menyiarkan isu yang berkaitan dengan dasar ataupun maklumat penting dalam membantu pembangunan industri selain menyiarkan isu yang lebih bersifat santai dan hiburan seperti aktiviti dan gosip di dalam industri tersebut. Ini dapat dilihat dengan nilai paparan berita mengikut jenis isu utama seperti yang ditunjukkan oleh hasil kajian.
Norshafawati
Saari, Asiah Sarji & Fuziah Kartini Hassan Basri. Malaysian Journal of
Communication
Jilid 26(2): 47-65
Labels:
MUZIK DAN PEMBANGUNAN SOSIAL
DASAR & STRATEGI PEMBANGUNAN INDUSTRI MUZIK MALAYSIA
Dalam DASAR & STRATEGI PEMBANGUNAN INDUSTRI MUZIK MALAYSIA (2005:19) ada dinyatakan bahawa Kurikulum Pendidikan Muzik Malaysia kurang mantap dan kurang bilangan guru yang berpendidikan dan mahir dalam Bidang Muzik . Kini sudah 11 tahun berlalu. Kurikulum sudah berubah. Adakah keadaan ini masih berterusan?
Bacaan lanjut: Dasar & Strategi Pembangunan Industri Muzik Malaysia
Monday, May 9, 2016
MENUKAR FORMATT FAIL OFFICE
Kadang kala kita ingin menukar satu fail ke dalam format fail yang lain....namun begitu kadang kala ia menjadi masalah kerana kita tidak mempunyai perisian original....justeru itu......menukar secara atas talian merupakan penyelesaian terbaik.....sila klik..
tukar format fail office
SMALLPDF
tukar format fail office
SMALLPDF
Labels:
TUKAR FORMAT FAIL OFFICE
BAGAIMANA MEMBUAT SURVEY DENGAN GOOGLE FORM
Ingin membuat online survey??? Ikuti langkah-langkah yang di tunjukkan di bawah ini...
online survey
GOOGLE FORM
online survey
GOOGLE FORM
Labels:
ONLINE SUYVEY
CARA BACK UP GMAIL
Ada kemungkinan kita ingin menutup gmail atau ingin mencari bahan lama dalam email yang berjumlah entah berapa ribu dah....so kita boleh synckan google drive dengan pc kita .....selain itu kita juga boleh downloadkan semua email lama beserta dengan attachmentnya sekali....di kongsikan cara-caranya di sini.................
Labels:
CARA BACK UP GMAIL
KEMAHIRAN PENDIDIK MUZIK
Sejahtera semua.....sekian lama tiada posting...terbaca artikel terbaru....Music Educators’ Expertise and Mandate: Who Decides, Based on What?.... terdetik...dimana tahap kita...siapa yg nak iktiraf kita...sila baca untuk tahu lebih lanjut

akademia

akademia
Labels:
KEMAHIRAN PENDIDIK MUZIK
Subscribe to:
Posts (Atom)