Friday, September 30, 2011

MOTIVASI GURU

Kadangkala.....apabila telah lama berkecimpung dalam bidang pendidikan, tentunya ada pelbagai pengalaman sama ada yang menyeronokkan, memberangsangkan ataupun yang kadangkala berterusan mendukacitakan kita.......namun begitu inilah asam garam dunia pendidikan.......mungkin perkara-perkara tersebut akan membangkitkan semangat untuk kita lebih mengenali kekuatan diri serta kemana hala tuju kita sebagai seorang pendidik......

Dikongsikan disini salah satu dari pelbagai asam garam dunia pendidikan...... hayatilah bersama.........sekadar buat renungan...... jangan berputus asa

Wednesday, September 7, 2011

PENGURUSAN PERSEMBAHAN/MAJLIS

Apabila mengadakan persembahan atau majlis, salah satu perkara yang dipentingkan ialah sekuen dalam dewan......ia merujuk kepada perjalanan majlis atau persembahan bermula dari saat pertama hinggalah ke saat terakhir.....kadangkala juga dipanggil "storyboard" (maaf kalau terkeliru dengan storyboard dalam penyediaan kartun, grafik dll)

Sekuen atau "storyboard" ini kebiasaannya mengandungi item-item yang ingin dilaksanakan, jangkaan masa, siapa pelakunya, siapa yang bertangungjawab, prop dan sebagainya.......sangat penting kepada pengurus produksi, pengurus pentas, pengurus peserta, pengurus teknikal,krew dan lain-lain...

Disertakan contoh sekuen dari En. Amin Nudin Abdul Rahman, bekas penyelia muzik JPN Perak.

contoh sekuen dalam dewan

TEKNOLOGI MUZIK

Seringkali ramai diantara kita mengeluh apabila diminta membuat rakaman lagu, "munis 1", "sound editing", "mixing", "post production" dan sebagainya.......Seringkali kita tertanya-tanya apakah perisian yang sesuai dan terbaik yang patut digunakan.........bagi saya, tiada istilah yang terbaik.........semuanya bergantung kepada kemampuan kita untuk mengunakannya......adakah ia "user friendly" atau terlalu teknikal.......pelbagai perisian tersedia dipasaran.....ada yang berbayar dan ada yang percuma.......dan ada yang boleh "dirompak" melalui laman-laman tertentu beserta dengan "keygen" atau "patchnya.....

Berberapa perisian yang biasanya saya gunakan untuk membuat perkara-perkara di atas ialah encore, finale, sibelius,audiograbber, audacity, kristal audio engine, sony sound forge, sony acid, sonar format factory, ulead video studio, proshow gold 4 dan berberapa perisian lain lagi........

Pengguna hanya perlu tahu setiap fungsi perisian yang digunakan.....dan bagaimana mengoperasikannya......apakah kelebihannya dan apakah kekurangannya.......boleh melayari lama yang memaparkan "product review" seperti http://freemusicsoftware.org/category/free-windows-audio-software/audio-sequencer-windows...

Dilampirkan berberapa nota yang berguna kepada yang berminat...........sumbangan En. Isa Amri dari IPTI, En. Mastor Jarkaseh dari SEMESTI, En. Suhaimi dan berberapa carian di laman web....


nota teknologi muzik