Wednesday, November 11, 2009

DALCROZE


Emile Jacques-Dalcroze
Oleh : Mastor Hj Jarkaseh
22 Ogos 2009

Emile Jaques-Dalcroze ( 1865 - 1950) ialah seorang pendidik muzik Swiss yang mencipta kaedah Eurhythmic, iaitu satu kaedah pengalaman pembelajaran muzik melalui pergerakan berirama. (Pengaruh konsep eurhythmics ini dapat dilihat dalam pedagogi Orff Schulwerk yang digunakan secara meluas di Amerika Syarikat).

Kaedah Dalcroze adalah bersaskan prinsip bahawa muzik dan gerakan sentiasa berkaitan. Dalam setiap muzik akan ada satu gerakan yang dapat dikaitkan dengan muzik tersebut. Kaedah ini mengandungi tiga elemen penting iaitu: Irama, Solfa dan Improvisasi. Elemen-elemen tersebut, menurut Dalcroze adalah satu latihan muzikal yang menyeluruh dalam membentuk ahli muzik yang baik. Dalam kaedah ini, elemen-elemen dalam setiap subjek diadun melalui aktiviti kreativiti muzik dan pergerakan.

Dalcroze memulakan kerjaya sebagai pendidik muzik di Geneva Conservatory dimana beliau mengajar harmoni dan solfa. Beliau mula membuat percubaan kaedah-kaedah baru semasa mengajar dalam kelas-kelas beliau. Pada 1906, Dalcroze mula memperkenalkan kaedah-kaedah beliau kepada orang ramai. Tahun 1910, dengan bantuan rakannya Wolf Dohm, beliau mengasaskan sebuah sekolah muzik di Hellerau yang menggunakan sepenuhnya kaedah-kaedah pembelajaran beliau. Bagaimanapun, pada tahun 1914 sekolah ini terpaksa ditutup kerana berlaku Perang Dunia Pertama.

Dalcroze kembali ke Geneva dan mengasaskan pula Institut Jaques-Dalcroze. Beliau mengajar di sekolah ini sehingga akhir hayat beliau. Inilah satu-satunya di sunia sebuah institusi yang memberikan sijil, diploma dan ijazah pengkhususan kaedah Dalcroze kepada penuntut-penuntutnya.

maklumat lanjut;

http://www.allianceamm.org/resources_elem_Dalcroze.html

Friday, November 6, 2009

ZAPIN

Zapin merupakan salah satu muzik sinkretik yang mucul di Johor pada awal kurun ke 20........Di asaskan oleh Mejar Lomak, sehingga kini muzik zapin telah berkembang dan menjadi salah satu muzik yang terkenal di Malaysia.......

bacaan lanjut sila ikuti...
http://www.dancemalaysia.com/Dance/Traditional/Folk_Dance/Zapin/zapin.htm
http://www.musicmall-asia.com/malaysia/folk/zapin.html



video

PERTANYAAN BAHAN

Sekiranya tuan/puan memerlukan bahan pendidikan, sila nyatakannya di sini....sertakan juga alamat email jika sudi.....Tuan/puan juga boleh berkongsi bahan sekiranya ada............emailkan kepada saya di alamat ..........

wfc3966@gmail.com

PENYELIDIKAN

Budaya penyelidikan seharusnya menjadi sebahagian dari proses peningkatan profesionalisme setiap warga pendidik. Penyelidikan Dalam Pendidikan atau Kajian Tindakan merupakan antara dua jenis penyelidikan yang popular dalam bidang pendidikan.....bagai mana bermula?

sila ikuti link PENYELIDIKAN di sebelah.....

PROGRAM SEMARAK IPGM 2009



Program ini telah berlangsung selama tiga hari mulai 21-23 Oktober 2009 di Dewan Aminuddin Baki IPGM Kampus Tuanku BainunPulau Pinang. Ia adalah adalah anjuran bersama, Jabatan Perpaduan Negara & Integrasi Nasional Malaysia, Bahagian Pendidikan Guru dan IPGM Kampus Tuanku Bainun. Program tersebut bertujuan untuk menyokong hasrat negara untuk membina negara bangsa Malaysia bagi memperkukuh perpaduan, membina identiti nasional dan semangat kebangsaan serta membangunkan bakal guru bersesuaian dengan keperluan negara. Selain itu program ini juga adalah untuk memantapkan pembinaan Guru Bangsa Malaysia melalui penghayatan yang mendalam dalam aspek perpaduan dan patriotisme. Usaha ini diharapkan dapat merealisasikan 1 Malaysia seperti yang diwarwarkan oleh pucuk kepimpinan negara.....bacaan lanjut

klik sini untuk lihat gambar

NASYID


Kumpulan Nasyid Soutul Muallim dari Institut Pendidikan Guru Malaysia Kampus Tuanku Bainun, Bukit Mertajam dan Kumpulan Ash-Syakirin dari sebuah syarikat swasta Variasi Reka dari Butterworth muncul sebagai johan Festival Nasyid Peringkat Negeri Pulau Pinang yang diadakan di Dewan Mutiara, Kompleks Tabung Haji Bayan Lepas.........bacaan lanjut