Wednesday, November 11, 2009

DALCROZE


Emile Jacques-Dalcroze
Oleh : Mastor Hj Jarkaseh
22 Ogos 2009

Emile Jaques-Dalcroze ( 1865 - 1950) ialah seorang pendidik muzik Swiss yang mencipta kaedah Eurhythmic, iaitu satu kaedah pengalaman pembelajaran muzik melalui pergerakan berirama. (Pengaruh konsep eurhythmics ini dapat dilihat dalam pedagogi Orff Schulwerk yang digunakan secara meluas di Amerika Syarikat).

Kaedah Dalcroze adalah bersaskan prinsip bahawa muzik dan gerakan sentiasa berkaitan. Dalam setiap muzik akan ada satu gerakan yang dapat dikaitkan dengan muzik tersebut. Kaedah ini mengandungi tiga elemen penting iaitu: Irama, Solfa dan Improvisasi. Elemen-elemen tersebut, menurut Dalcroze adalah satu latihan muzikal yang menyeluruh dalam membentuk ahli muzik yang baik. Dalam kaedah ini, elemen-elemen dalam setiap subjek diadun melalui aktiviti kreativiti muzik dan pergerakan.

Dalcroze memulakan kerjaya sebagai pendidik muzik di Geneva Conservatory dimana beliau mengajar harmoni dan solfa. Beliau mula membuat percubaan kaedah-kaedah baru semasa mengajar dalam kelas-kelas beliau. Pada 1906, Dalcroze mula memperkenalkan kaedah-kaedah beliau kepada orang ramai. Tahun 1910, dengan bantuan rakannya Wolf Dohm, beliau mengasaskan sebuah sekolah muzik di Hellerau yang menggunakan sepenuhnya kaedah-kaedah pembelajaran beliau. Bagaimanapun, pada tahun 1914 sekolah ini terpaksa ditutup kerana berlaku Perang Dunia Pertama.

Dalcroze kembali ke Geneva dan mengasaskan pula Institut Jaques-Dalcroze. Beliau mengajar di sekolah ini sehingga akhir hayat beliau. Inilah satu-satunya di sunia sebuah institusi yang memberikan sijil, diploma dan ijazah pengkhususan kaedah Dalcroze kepada penuntut-penuntutnya.

maklumat lanjut;

http://www.allianceamm.org/resources_elem_Dalcroze.html

No comments:

Post a Comment