Wednesday, November 9, 2016

MALAYSIAN MUSIC JOURNAL



Jika ingin membaca...

















Bacaan lanjut  MALAYSIAN MUSIC JOURNAL

MUZIK TRADISI TARI RAKYAT PERAK

Hasil penyelidikan mendapati tiga jenis tarian yang masih dipersembahkan di negeri Perak iaitu Tarian Dabus, Tarian Bubu dan Tarian Lotah. Di antara ketiga-tiga tarian ini, Tarian Dabus masih dianggap paling dominan dan terkenal dengan masyarakat Perak. Fungsi ketiga-tiga persembahan tarian ini sebagai hiburan semasa perkahwinan dan majlis-majlis rasmi. Hasil penyelidikan dijangka dapat memberi informasi tentang muzik tarian yang masih diamalkan dan dipersembahkan di negeri Perak dan juga diharap dapat dimanfaatkan oleh generasi seterusnya dalam melestarikan satu bentuk kesenian yang amat tinggi nilainya.

Mohd Azam Sulong, Zaharul Lailiddin Saidon, Nor Shuradi Nor Hashim Fakulti Muzik dan Seni Persembahan, Universiti Pendidikan Sultan Idris
Malaysian Music Journal Vol. 2, Num. 1 (72-105) 
Bacaan lanjut     MUZIK TRADISI TARI RAKYAT PERAK

PENGGUNAAN MUZIK DALAM PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN KERJA AMALI KEMAHIRAN HIDUP SEKOLAH RENDAH


Rumusan sebuah kajian peringkat sarjana......


Hasil kajian telah memberi gambaran tentang pengaruh muzik dalam meningkatkan prestasi pelajar dalam kerja amali kemahiran hidup. Data-data telah dikumpulkan melalui 180 orang pelajar tahun empat, lima dan enam di sebuah sekolah yang telah dipilih oleh penyelidik menunjukkan secara keseluruhannya, majoriti responden adalah bersetuju bahawa penggunaan muzik dalam pembelajaran dan pengajaran dapat meningkatkan minat, keseronokan, prestasi, keberkesanan hasil kerja dan daya ingayan pelajar dalam kerja amali matapelajaran kemahiran hidup di sekolah rendah. 

MUZIK KONTEMPORARI SEBAGAI ALAT PEMBENTUKAN NILAI DALAM KOMUNITI: KE MANA HALATUJU KITA?

Seni muzik adalah aset kita yang harus kita perkaya dengan khazanah penciptaan yang lahir dari bangsa dan warna kita. Warna dan citra luar boleh diserap masuk untuk memperkaya dan mempelbagaikan rupa diri seni muzik kita. Tetapi, jika seni muzik itu kita umpamakan sebagai sebuah rumah, jika kita mahu membuat pengubahsuaian, kita tentu tidak mahu rupa asal rumah kita tidak kelihatan lagi kerana diambil alih oleh rekabantuk baru yang dibina di atas tapak rumah kita.

Ibrahim Bin Ahmad (Prof. Madya) Jabatan Bahasa Moden Fakulti Komunikasi Dan Bahasa Moden Universiti Utara Malasia

Bacaan lanjut MUZIK KONTEMPORARI SEBAGAI ALAT PEMBENTUKAN NILAI

MUZIK DAN PEMBANGUNAN SOSIAL: PAPARAN DASAR INDUSTRI HIBURAN DALAM AKHBAR AKHBAR DI MALAYSIA

Media memegang peranan dan tanggungjawab yang besar kepada negara dan masyarakat. Media bukan lagi hanya dipandang sebagai alat hiburan semata-mata tetapi menjadi alat pembangunan yang membawa agenda dan pesanan. Namun begitu, hasil kajian menunjukkan, pemaparan maklumat mengenai industri muzik di dalam akhbar perdana kurang menyiarkan isu yang berkaitan dengan dasar ataupun maklumat penting dalam membantu pembangunan industri selain menyiarkan isu yang lebih bersifat santai dan hiburan seperti aktiviti dan gosip di dalam industri tersebut. Ini dapat dilihat dengan nilai paparan berita mengikut jenis isu utama seperti yang ditunjukkan oleh hasil kajian. 

Norshafawati Saari, Asiah Sarji & Fuziah Kartini Hassan Basri.  Malaysian Journal of 
Communication Jilid 26(2): 47-65

DASAR & STRATEGI PEMBANGUNAN INDUSTRI MUZIK MALAYSIA



Dalam DASAR & STRATEGI PEMBANGUNAN INDUSTRI MUZIK MALAYSIA (2005:19) ada dinyatakan bahawa Kurikulum Pendidikan  Muzik Malaysia  kurang mantap dan kurang bilangan guru yang berpendidikan dan mahir dalam Bidang Muzik . Kini sudah 11 tahun berlalu. Kurikulum sudah berubah. Adakah keadaan ini masih berterusan?