Saturday, April 11, 2015

PERKONGSIAN ILMU DAN KOMEN

Kepada semua pengunjung blog.....apa yang di kongsi di sini hanyalah sekadar perkongsian apa yang di ketahui atau apa yang di pinta oleh pengunjung....apa yang cuba di sampaikan ialah entah berapa sangatlah nilainya dari segala ilmu yang ada dalam dunia ini...

Kadangkala...penulis mempunyai tanggapan sendiri berdasarkan pengalaman sebagai seorang yang terlibat dalam pendidikan muzik. Mungkin sama dengan orang lain...mungkin tidak sama dengan orang lain...pengunjung boleh memberikan komen...tapi biarlah yang membina.....gunakanlah nama sebenar atau nama samaran....jangan gunakan anonymous atau tanpa nama......Tak perlulah pertikaikan perkara lain selain yang berkaitan dengan pendidikan muzik atau pendidikan.........soal pegangan atau keimanan seseorang individu...biarlah hanya Khaliq yang menentukannya....... sebanyak mana seseorang individu menghafal quran atau doa .....biarlah hanya dia yang tahu....siapalah kita untuk menilai keimanan seseorang itu......

Kongsilah apa yang terbaik...berkata benarlah walau perit...tak perlu sembunyikan diri...berteranglah ...akan lebih mudah.....jika tidak suka silalah berlalu.....masih ada yang ingin mencari ilmu...walaupun sedikit....

sekianlah adanya......

MENUKAR PAGE LAYOUT SETTING UNTUK TUJUAN PENULISAN ILMIAH

Salam kepada semua....sekiranya anda ingin menukar page layout setting dalam word 2010 untuk membuat tugasan kerja kursus......sila ikuti langkah-langkah berikut:
  • ·         bula file.....cari option
  • ·         klik advance....cari display
  • ·         tukarkan ruler pada jenis ukuran yang dikehendaki...mm,cm.inci..
  • ·         buka page layout..klik margin..cari custom margin
  • ·         tentukanlah berapa nilai margin yang diinginkan...


Selamat mencuba..

Monday, April 6, 2015

PENULISAN ABSTRAK

Penulisan abstrak seharusnya dapat mengambarkan keseluruhan kajian anda.  Terdapat  sekurang-kurangnya tujuh perkara yang perlu ada dalam penulisan  abstrak.(mungkin berbeza pandangan dengan penulis lain)  Antaranya ialah:
  •     tujuan kajian
  •     tempat kajian
  •     bilangan reponden/sampel/kumpulan sasaran
  •     pendekatan kajian
  •     rekabentuk kajian
  •     kaedah kajian/kaedah pengumpulan data
  •     alat kajian
  •     dapatan kajian
  •      cadangan kajian lanjutan



·         terminologi yang digunakan mungkin berbeza mengikut buku @penulis yang berbeza


lagi tentang abstrak....

Friday, April 3, 2015

MEMBUANG VIRUS SECURE BROWSING

Kepada sesiapa yang terkena virus ini...sila download freeware ini......dari
Sesumpah Apps
 https://drive.google.com/file/d/0B5Uoy28osyFZQmNfMThReTgxbUk/view?pli=1

Wednesday, April 1, 2015

MELAMBATKAN TEMPO LAGU

Seringkali guru menghadapi masalah apabila ingin melambatkan tempo sesebuah lagu untuk tujuan PDP sama ada untuk tujuan nyanyi atau permainan alat. Justeru itu, tip di bawah ini mungkin dapat membantu anda.....namun begitu, kadangkala bukan semua lagu boleh di buat begitu.....

Ikuti cara d bawah ini......

Bukalah window media player...
mainkan sebarang lagu
klik kanan...
cari enchantment....
cari play speed setting....kemudian tentukan tempo yang dikehendaki...
pastikan ..snap slider to common speeds di tandakan....
nah lagu anda akan menjadi cepat atau lambat...


Selamat mencuba....