Monday, December 10, 2012

CONTOH OUTLINE PROPOSAL

Salam.............lama tidak menulis.........kadangkala ..........menulis proposal menjadi sangat rumit dan kehilangan punca apabila tidak difahami apakah penyelidikan yang sebenarnya............dilampirkan disini contoh bagaimana hendak memulakannya................. sila edit ikut kesesuaian proposal anda.............

                                                                                               

BAB  I           
PENDAHULUAN

1.0
Pendahuluan
·         apa yang terkandung dalam bab 1

1.1
Latar Belakang
·         sedikit mengenai latar peny--elidik--an- secara global

1.2
Pernyataan Masalah
·         kecilkan skop kajian dari global kepada spesifik- deduktif
·         jelaskan masalah yang ingin dikaji secara terpeinci
·         benarkan wujudkah masalah tersebut?
§   ada bukti berdasarkan kajian lepas?
§   sokongan kata tokoh/pakar pendidikan etc
§   bukti dari analisa dokumen/gambar/rakaman etc
§   beri justifikasi
§   gunakan ayat ........justeru itu, masalah/fenomena ini perlu dikaji ...

1.3
Tujuan Kajian
·         nyatakan tujuan secara spesifik
§   mengkaji
§   mengenal pasti
§   contoh: mengkaji sejauhmanakah
§                mengkaji adakah
§                mengenal pasti apakah faktor
§                meninjau proses pelaksanaan.......etc

1.4
Soalan Kajian
·         berdasarkan tujuan kajian
§   buang perkataan mengkaji/mengenal pasti


1.5
Kepentingan  Kajian
·         jelaskan signifikan kajian secara terpenci
§   pelajar
§   guru
§   pentadbiran
§   bidang ilmu muzik

1.6
Batasan kajian
·         terkawal
·         tidak terkawal

1.6      
Difinisi Istilah
·         jelaskan semua terminologi yang digunakan bagi memudahkan kefahaman pembaca
·         gunakan kamus internet/pendapat tokoh/jurnal/buku bagi menjelaskan konsep kajian


1.7
Penutup
·         rumusan secara keseluruhan bab 1

                                                                                   
           
BAB  II
TINJAUAN LITERATUR

2.0
Pengenalan
·         apa yang terkandung dalam bab 2

2.1
Sejarah pendidikan di Malaysia
·         zaman sblm merdeka
·         zaman kolonial
·         pasca merdeka

2.2
Sejarah pendidikan muzik di Malaysia
·         zaman sblm merdeka
·         zaman kolonial
·         pasca merdeka

2.3
Kepentingan pendidikan muzik
·         berdasarkan FPN (JERIS) /Multiple Intelligence (Howard Gardner) /split brain (Roger Speery)/
·         lihat dlm falsafah pendidikan muzik ( baca Kaplan, Meid, Abeles, Merriam dll)
·         beri justifikasi mengenai kepentingan

2.4
Perkaitan antara pendidikan muzik dalam pendidikan
·         kaitkan (stake holder= dasar pendidikan negara sejak merdeka hingga kini (transformasi)/W2020/political force/ Millineum Development Goal (lihat unesco)/ baca Tangglewood Declarations II 2010 (keperluan baru bagi pendidikan muzik) dll
·         beri justifikasi mengenai kepentingannya.

2.5
Perkaitan antara Teori Pendidikan dengan tajuk
·         apakah teori pnp yang diguna? mazhab apa? refer tajuk kajian-beri justifikasi
·         apakah model pnp yang diguna?- beri justifikasi
·         apakah pendekatan, strategi, kaedah dan teknik pengajaran yang digunakan.

2.6
Kajian luar negara
·         beri sekurang-kurangnya 5 kajian yang berkaitan dari luar negara
§  tujuan kajian
§  di mana/responden/methodologi/dapatan
§  buat bandingan
§  sama atau tidak dengan tajuk......buat perbandingan

2.7
Kajian dalam negara
·         beri sekurang-kurangnya 5 kajian yang berkaitan dari luar negara
§  tujuan kajian
§  di mana/responden/methodologi/dapatan
§  buat bandingan
sama atau tidak dengan tajuk......buat perbandingan

2.8
Kesimpulan
·         rumusan secara keseluruhan bab 2




                                                                                                                       
                                                                                               

BAB  III
METODOLOGI / KAEDAH KAJIAN

3.0
Pengenalan
·         apa yang terkandung dalam bab 3

3.1
Reka Bentuk Kajian
·         jelaskan pendekatan secara global (kuali/kuanti/mix)
·         jelaskan pendekatan secara yang digunakan
·         beri justifikasi mengapa pendekatan ini dipilih?
·         jelaskan metodologi secara global (historical/xperimental/ethnography/survey etc)
·         jelaskan metodologi yang digunakan
·         beri justifikasi mengapa pendekatan ini dipilih?
§  guna kata-kata dari pelbagai rujukan

3.2
Subjek Kajian
·         Jelaskan siapa responden yang akan dipilih

3.3
Tempat Kajian
·         nyatakan di mana kajian akan dijalankan.......hanya tempat
cth di sebuah sek men di daerah batang  padang.

3.4
Populasi Dan Pengambilan Sampel
·         jelaskan populasi secara global (pelbagai pendapat)
·         jelaskan populasi menurut pandangan anda
·         jelaskan persampelan secara global (pelbagai pendapat)
·         jelaskan teknik persampelan secara global (pelbagai teknik persampelan)
·         jelaskan teknik persampelan yang dipilih (mengapa?)
·         jika boleh nyatakan kekuatan dan kelemahannya.

3.5
Instrumen Kajian
·         jelaskan makna instrumen kajian secara global (pelbagai pendapat)
·         beri contoh pelbagai jenis instrumen kajian pelbagai pendapat)
·         jekaskan instrumen yang akan digunakan dalam kajian ini
·         bagaimana instrumen ini di bina atau diadaptasikan (jelaskan secara teperinci)

3.6
Prosedur Pengumpulan Data
·         jelaskan makna prosedur pengumpulan data secara global (pelbagai pendapat)
·         jelaskan bagaimana prosedur pengumpulan data akan dilakukan (sebelum/semasa/selepas)
·         masukkan pelbagai pendapat dari pelbagai sumber


3.7
Cara menganalisa Data
·         jelaskan makna cara menganalisa data secara global (pelbagai pendapat)
·         Terangkan ada berapa bahagian instrumen yang perlu dianalisa secara mendalam
·         terangkan bagaimana menganalisa setiap jenis instrumen sama ada soal selidik/ analisa dokumen/ analisa temu bual/ analisa pemerhatian etc.......berikan pelbagai pandangan dari pelbagai sumber.......


Pemboleh ubah Bersandar dan Pemboleh ubah Bebas
·         jika boleh menjelaskan jenis variable yang digunakan......sila buat rajah dan jelaskan dengan perkataan


Pertimbangan  Etika
·         apakah pertimbangan etika dan kod etika yang perlu dipatuhi semasa menjalankan kajian? jelaskan dengan pelbagai pendapat dari pelbagai sumber...............


Kajian Rintis
·         buat kajian rintis untuk mendapatkan reliability bagi soal selidik atau mendapatkan pandangan mengenai isu yang ingin di kaji
·         Buat anggaran perbelanjan dan jadual perancangan kajian anda


Kesimpulan
·         Simpulkan keseluruhan bab 3


BIBLIOGRAFI
·         tuliskan bibiografi mengikut APA



                                                           
*sediakan juga instrumen kajian yang akan dibina bersama proposal

Wednesday, October 24, 2012

CARIAN BUKU

Bagi yang ingin mencari sumber rujukan, klik pda pautan di bawah.......mungkin boleh di pinjam secara inter libraray loan..........selamat mencuba..........
http://elib.uum.edu.my/kip/Search/Results?lookfor=&type=AllFields&filter%5B%5D=callnumber-first%3A%22L+-+Education%22&filter%5B%5D=topic_facet%3A%22Teachers%22&view=list

PELAN INDUK PEMBANGUNAN MALAYSIA

Bagi sesiapa yang ingin membaca  laporan awal PELAN INDUK PEMBANGUNAN MALAYSIA bolehlah pergi ke link di bawah

http://www.moe.edu.my/btp/wp-content/uploads/2012/Blueprint/Preliminary-Blueprint-BM.pdf


MAJLIS PENERBITAN ILMIAH MALAYSIA

Salam sejahtera...............kepada tuan/puan yang ingin mendapatkan buku-buku ilmiah terbitan Malaysia, sila layari link dibawah ini.....boleh di pesan secara online.......
http://www.1mapim.my/index.php?option=com_weblinks&view=category&id=37&Itemid=50

Thursday, July 19, 2012

JURNAL

Jurnal amat penting dalam sesuatu penyelidikan kerana infonya yang terkini....pada kebiasaannya jurnal diterbitkan empat kali setahun....namun ada juga yang kurang dari itu......di lampikan disini jurnal dari USM.......semoga dapat membantu.......TQ pd Dr. Clare dari UPSI kerana berkongsi maklumat.............wacana seni USM

Wednesday, July 4, 2012

CARIAN TESIS DAN DISERTASI SECARA ONLINE

Kepada sesiapa yang berhajat untuk mencari tesis atau disertasi secara digital sila klik pautan di bawah.......tq pada Perpustakaan Tuanku Bainun, UPSI.

tesis on line

Friday, April 6, 2012

KURSUS PENGENALAN ASAS PENDIDIKAN MUZIK UNTUK GURU GURU PENDIDIKAN KHAS

Salam pada semua.......saya kini amat sibuk dengan tugasan. Sudah sebulan asyik bertugas di luar. Walau bagaimanapun saya masih berkesempatan untuk menjalankan kursus yang tersebut di atas. Untuk pengetahuan semua, kursus telah berlangsung selama 2 hari dan akan di teruskan selama 5 hari lagi. Kursus hanya di jalankan pada jam 2.00-5.00 ptg pada hari yang ditetapkan. Dihadiri seramai 36 orang. (mengikut senarai). Pada dua hari ini, saya menjalankan pengenalan asas pendidikan muzik dan asas gerakan. Pada minggu hadapan, saya akan memulakan teknik permainan perkusi dan akan di akhiri dengan sedikit komputer muzik.......bagi yang berminat untuk mengikuti atau menjadi penganjur, sila hubungi saya kerana kursus adalah percuma...........terima kasih

Thursday, November 3, 2011

MENULIS BIBLIOGRAFI DENGAN MENGGUNAKAN PERISIAN

Kadangkala, menulis rujukan menyakitkan kepala.......sebaiknya, semua rujukan dipisahkan mengikut kelompok. Jangan bercampur antara buku, jurnal, kertas seminar dan lain lain rujukan dalam satu tajuk.......mungkin perisian ENDNOTE boleh membantu memudahkan kerja......sila klik pautan untuk manual penggunaan ENDNOTE di bawah ini ....

MANUAL ENDNOTE

KAEDAH MENULIS RUJUKAN

Terdapat berberapa format untuk menulis laporan penyelidikan......Antara yang popular di Malaysia ialah gaya penulisan APA ( American Psychological Association). Walau bagaimanapun tidak semua pengkaji baru mengikuti format APA dengan sebaiknya......di kongsikan disini gaya penulisan rujukan APA................semoga dapat membantu tuan/puan........nota APA 2006

MENCARI TESIS?

Lama tiada entri..................minta maaf kerana kadangkala tersangat "sibuk"..............Kepada yang ingin membuat carian atau rujukan tetapi tidak pasti bagaimana mahu bermula...............sila klik pada pautan dibawah ini........tuliskan apa sahaja yang ingin di cari melalui ruangan "SEARCH"..............mudah mudahan akan membantu anda yang sedang mencari bahan untuk dibuat rujukan......


cari digital tesis

Friday, September 30, 2011

MOTIVASI GURU

Kadangkala.....apabila telah lama berkecimpung dalam bidang pendidikan, tentunya ada pelbagai pengalaman sama ada yang menyeronokkan, memberangsangkan ataupun yang kadangkala berterusan mendukacitakan kita.......namun begitu inilah asam garam dunia pendidikan.......mungkin perkara-perkara tersebut akan membangkitkan semangat untuk kita lebih mengenali kekuatan diri serta kemana hala tuju kita sebagai seorang pendidik......

Dikongsikan disini salah satu dari pelbagai asam garam dunia pendidikan...... hayatilah bersama.........sekadar buat renungan...... jangan berputus asa

Wednesday, September 7, 2011

PENGURUSAN PERSEMBAHAN/MAJLIS

Apabila mengadakan persembahan atau majlis, salah satu perkara yang dipentingkan ialah sekuen dalam dewan......ia merujuk kepada perjalanan majlis atau persembahan bermula dari saat pertama hinggalah ke saat terakhir.....kadangkala juga dipanggil "storyboard" (maaf kalau terkeliru dengan storyboard dalam penyediaan kartun, grafik dll)

Sekuen atau "storyboard" ini kebiasaannya mengandungi item-item yang ingin dilaksanakan, jangkaan masa, siapa pelakunya, siapa yang bertangungjawab, prop dan sebagainya.......sangat penting kepada pengurus produksi, pengurus pentas, pengurus peserta, pengurus teknikal,krew dan lain-lain...

Disertakan contoh sekuen dari En. Amin Nudin Abdul Rahman, bekas penyelia muzik JPN Perak.

contoh sekuen dalam dewan

TEKNOLOGI MUZIK

Seringkali ramai diantara kita mengeluh apabila diminta membuat rakaman lagu, "munis 1", "sound editing", "mixing", "post production" dan sebagainya.......Seringkali kita tertanya-tanya apakah perisian yang sesuai dan terbaik yang patut digunakan.........bagi saya, tiada istilah yang terbaik.........semuanya bergantung kepada kemampuan kita untuk mengunakannya......adakah ia "user friendly" atau terlalu teknikal.......pelbagai perisian tersedia dipasaran.....ada yang berbayar dan ada yang percuma.......dan ada yang boleh "dirompak" melalui laman-laman tertentu beserta dengan "keygen" atau "patchnya.....

Berberapa perisian yang biasanya saya gunakan untuk membuat perkara-perkara di atas ialah encore, finale, sibelius,audiograbber, audacity, kristal audio engine, sony sound forge, sony acid, sonar format factory, ulead video studio, proshow gold 4 dan berberapa perisian lain lagi........

Pengguna hanya perlu tahu setiap fungsi perisian yang digunakan.....dan bagaimana mengoperasikannya......apakah kelebihannya dan apakah kekurangannya.......boleh melayari lama yang memaparkan "product review" seperti http://freemusicsoftware.org/category/free-windows-audio-software/audio-sequencer-windows...

Dilampirkan berberapa nota yang berguna kepada yang berminat...........sumbangan En. Isa Amri dari IPTI, En. Mastor Jarkaseh dari SEMESTI, En. Suhaimi dan berberapa carian di laman web....


nota teknologi muzik

Monday, July 11, 2011

KURSUS PENGENALAN ASAS PENDIDIKAN MUZIK SEKOLAH RENDAH

Salam kepada semua....terima kasih kerana masih sudi melawat blog ini... sebagai balasan, saya ingin membuat tawaran kursus kepada mana-mana sekolah yang berminat. Buat sementara waktu......hanya khamis dan jumaat pagi menjadi pilihan. waktu lain boleh berbincang......bayaran?????? PERCUMA.. maksima peserta 30 orang....guru pun boleh join.......

berminat.....hubungi saya......

kertas kerja
surat tawaran kursus

Friday, June 24, 2011

BAHAN BARU...

Salam kepada semua yang masih sudi mengunjungi blog ini......minta maaf kerana dah lama tak menghantar posting baru.......insyaallah bila ada kelapangan saya akan masukkan posting yang baru.......saya terlalu sibuk kebelakangan ini......jika ada cadangan apakah bahan yang tuan/puan inginkan bolehlah emailkan kepada saya di wfc3966@gmail.com........mudaha-mudahan dapatlah saya carikan bahan yang diminta........terimakasih sekali lagi kerana sudi mengunjungi blog saya ini.......

Friday, February 25, 2011

Lesson Study

Perkara barukah?.......bermula tahun 60an (Fernandez & Yoshida, 2004). Namun begitu dikatakan telah wujud lebih dari 100 tahun (Isoda, 2007). Nampaknya dengan hanya meneliti perkara yang selalu dibuat menjadikan kita seorang yang dinamik......kenbaikan lesson study....
i. meningkatkan pengetahuan :pedagogical, content & knowledge (Shullman) TPCK oleh Punya Mishra & Mathew J Kohler bagaimama pula?????
ii. menjadikan guru sebagai seorang yang reflektif dan sentiasa bersikap kritis dan kreatif dalam membuat penambahbaikan pengajaran,
iii. memahami kesukaran pelajar memahami pelajaran........

........bacaan lanjut.....klik pada blog list di sebelah.....