Sunday, October 10, 2010

ANALISA DATA KUALITATIF

Berikut adalah contoh analisa data pemerhatian dengan menngunakan perisian NVIVO..

Apakah kaedah pengajaran yang menjadi amalan di prasekolah ini?

i) Kaedah Pengajaran Secara Individu

Daripada analisis Nvivo pemerhatian ke atas sesi pengajaran dan temu bual dengan Miss ...... didapati bahawa kaedah pengajaran yang utama diamalkan di tadika ini ialah kaedah pengajaran individu iaitu kaedah yang menjadi tonggak kejayaan pencapaian murid-murid Tadika ....... Ini jelas terbukti dengan petnyataan berikut;

“Pelajar diajar melalui aktiviti bimbingan secara seorang demi seorang tetapi pelajar berada dalam kumpulan”
(Nvivo /P/P1/1/SO/P54-55/149)
Daripada analisis Nvivo temu bual menyatakan kaedah individu dilaksanakan di tadika ini seperti berikut;
“persatu atau seorang demi seorang”
(Nvivo/ TB/P1/1/SO/P40/73)

ii) Kaedah Pengajaran Secara Kumpulan

Daripada analisis Nvivo pemerhatian ke atas sesi pengajaran dan temu bual dengan Miss ...... didapati bahawa kaedah pengajaran yang kedua diamalkan di tadika ini ialah kaedah pengajaran kumpulan iaitu kaedah yang kedua menjadi tonggak kejayaan pencapaian murid-murid Tadika...... Ini jelas terbukti dengan pernyataan berikut;

Murid diminta menulis dan membaca, guru membimbing setiap murid-murid di dalam kumpulan secara bergilir-gilir
(Nvivo /P/P1/1/SO/P62-63/154)
Dalam analisis Nvivo temu bual diyatakan seperti berikut;
“membaca di dalam kumpulan atau ‘group reading’”,
(Nvivo/ TB/P1/1/SO/P56/70)

iii) Kaedah Pengajaran Secara Kelas

Melalui analisis Nvivo didapati keadah pengajaran secara kelas juga diamalkan di Tadika ........ ia jelas seperti kenyataan berikut;
“untuk menyanyi beramai-ramai lagu Bagun Pagi-Pagi Gosok Gigi,“One little two, little three……” “twinkle-twinkle little star” dan lagu Negaraku sebelum pulang”
(Nvivo /P/P1/1/SO/P126-129/236)

Dalam Nvivo temu bual dengan Miss ....... kaedah pengajaran secara kelas juga dilaksanakan pada masa-masa tertentu seperti nyanyian beramai-ramai semasa hendak pulang, contohnya seperti kenyataan berikut;
“di mana murid membaca apa yang ditulis di papan”
(Nvivo/ TB/P1/1/SO/P57/68)

(Zulkifli Daud, 2009)

No comments:

Post a Comment